Thursday, March 24, 2011

Alhamdulillah, Result SPM 2010

Peperiksaan telah datang dan telah pun berlalu... Tiba hari dinanti-nanti, pengumuman keputusan SPM 2010. Kelihatan berbondong-bondong pelajang ex-SPM 2010 datang dan berkumpul di bilik aktiviti pelajar untuk menerima slip masing-masing. Macam-macam gelagat, Muallimah tengok. TAHNIAH diucapkan pada yang berjaya. Kepada yang kurang bernasib baik, teruskan perjuangan anda di medan berikutnya. Usaha mesti lebih, pilih medan yang sesuai dengan result... DOA KAMI seluruh tenaga pengajar dan warga HIRA kepada anda semua, moga pada masa akan datang anda akan lebih berjaya, manafaatkan segala yang diperoleh di bumi hira'. Jadikan ia benteng pertahan kukuh anda, tidak mudah larut di dunia baru yang akan ditempohi.
 TARBIYAH diutama, Cari medan yang serasi dengan diri. Jangan dibiar diri larut begitu sahaja. Moga iman dan peribadi akan lebih meningkat dan bersinar di luar sana....SELAMAT MAJU JAYA

No comments:

Post a Comment