Monday, March 28, 2011

SENARAI PELAJAR SPM 2010 BERJAYA MENDAPAT SIJIL LCCI

Berikut disenaraikan nama-nama pelajar yang berjaya mendapat SIJIL LCCI. Tahniah diucapkan.
  1. Abdul rahman Razali
  2. Abdullah Aiman Zulkifli
  3. Abdullah Azzam fathul Rahim
  4. Adibah Hanis Razali
  5. Ahmad Zahid Hijazi
  6. Amir Solehin Mohd Jahidin
  7. Amirul Azmi Mohd Rumai
  8. Ammar Mohd Haslan
  9. bahjah Habil
  10. Fitriyah Ahmad
  11. Ili Ilyana hazami
  12. Khadijah Razak
  13. Mohd Azam Anuar Mathurudi
  14. Mohsein Zulkifli
  15. Mohd Haziq Rosli
  16. Mohd Ilyas Hazami
  17. Mohd Ilyasa' Hazami
  18. Mohd Imran Sahak
  19. Mohd Izuddin Jaafar
  20. Mohd Mahdi Tholaat
  21. Mohd Salman Abdul Rahman
  22. Noor Mutmainnah Johar
  23. Nur Afifah Ismail
  24. Nur Husna Khairil Anuar
  25. Qurratu Aini Syamimi
  26. Rabiatul Adawiyah Azamuddin

Calon boleh memohon sijil LCCI melalui dua cara:

  • Calon boleh melalui sekolah masing2 dengan menggunakan Borang Permohonan LCCI. Pihak sekolah hendaklah menghantar semua borang permohonan kepada LCCI pada atau sebelum 30 APRIL 2011. Calon boleh mendapatkan sijil masing2 mulai SEPTEMBER 2011.  
  • Calon boleh memohon terus atau melalui perkhidmatan pos kepada Pejabat LCCI International Qualifications Malaysia / Pusat Latihan jika permohonan dibuat selepas 30 April atau di pejabat yang dilantik oleh LCCI. Calon boleh mendapatkan sijil LCCI dari sekolah masing2 mulai JANUARI 2012.

Perkara berikut perlu disediakan sebelum menghantar borang permohonan sijil LCCI:
  1. Satu salinan kad pengenalan yang disahkan oleh pihak sekolah
  2. Satu salinan slip keputusan SPM 2010 yang disahkan.
  3. Menyediakan bayaran menggunakan Money Order atau Postal Order sebanyak RM25 dan dibuat atas  nama LCCI International Qualifications (Malaysia) SDN BHD.

Friday, March 25, 2011

SAAT DEBARAN SPM 2010 TELAH BERLALU

Suasana sebelum pengumuman keputusan SPM 2010


tekun meneliti keputusan SPM 2010. Tahniah.

 





 
Wajah ceria ibubapa
Tersenyum bangga. Alhamdulillah.


Sang Kejayaan

KEPADA SEMUA ANAK DIDIKKU! KATAKAN, KECEMERLANGAN ADALAH KETAATAN KEPADA ALLAH

Kecemerlangan dalam pelajaran mempunyai kepentingan yang amat besar dalam kehidupan muslimin. Bukankah para ulama Islam telah memberikan cahaya kepada alam ini melalui ilmu-ilmu mereka yang cemerlang seperti Ibnu Sina, al-Khawarizmi, Ibnu al-Nafis dan lain-lain. Oleh itu, setiap orang daripada kita hendaklah bertanya dirinya: Kenapa aku perlu cemerlang? Dia juga hendaklah bertanya, kenapa aku tidak cemerlang?
Bagi menjawab soalan ini, kita mendengar banyak jawapan yang dikemukakan oleh orang. Tetapi seorang muslim mempunyai jawapannya yang tersendiri kerana dia memiliki objektif yang mulia:

1.      Saya mahu cemerlang kerana Allah: Ya! Saya mahu cemerlang kerana Allah, kerana Allah swt berfirman dalam surah al-An‘am ayat 162 yang bermaksud: “Katakanlah: “Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.” Maka seseorang muslim mengetahui bahawa seluruh kehidupannya adalah kerana Allah. Antara kehidupannya ialah pelajaran, ilmu dan kecemerlangannya.

2.      Saya mahu cemerlang kerana keluarga dan kedua ibu bapa saya: Antara cara saya berbuat baik kepada kedua ibu bapa saya ialah dengan menggembirakan mereka. Alangkah besarnya kegembiraan dan kebahagiaan mereka jika saya cemerlang dan berjaya mendapat markah paling tinggi.

3.      Saya mahu cemerlang kerana diri saya sendiri: Setiap muslim mempunyai matlamat dalam kehidupannya. Jika dia mempunyai matlamat dan cita-cita yang tinggi, maka matlamat dan cita-citanya itu tidak akan tercapai melainkan dengan kecemerlangan.

4.      Saya mahu cemerlang kerana ingin mengembalikan keagungan Islam: Mengembalikan keagungan Islam? Ya! Kerana ingin mengembalikan keagungan Islam. Keagungan Islam dahulu adalah melalui ilmu dan para ulama. Keagungan ini tidak akan datang kembali melainkan melalui para ulama yang benar, beriman dan ikhlas kerana Islam dan umat Islam, ulama dan ilmuan dalam pelbagai bidang yang bermanfaat.

Thursday, March 24, 2011

Maklumat Tajaan Untuk Biasiswa atau Pinjaman Untuk Ke Universiti

Berikut adalah beberapa pautan biasiswa yang boleh dipohon oleh Lepasan SPM 2010 untuk melanjutkan pelajaran anda. Moga Allah permudahkan semua urusan. 

JPA/MARA Scholarship Application http://esilav2.jpa.gov.my/ 
Yayasan Proton Scholarship http://www.malaysia-scholarship.com/yproton.html 

PTPTN Education Loan http://www.ptptn.gov.my/web/guest/anjung 

PETRONAS Education Scholarship http://spmonline.petronas.com.my/

Yayasan Tenaga Nasional Scholarship  http://yayasan.tnb.com.my/sam/

The Star Education Fund  http://thestar.com.my/edufund/

Bank Negara Scholarship  http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=103&pg=674&ac=875


Adelaide Achiever Scholarships International (AASI)  
http://www.adelaide.edu.au/scholarships/undergrad/

Tasmanian International Scholarship  http://www.international.utas.edu.au/static/scholarships.php

UNIT AKADEMIK: Alhamdulillah, Result SPM 2010

UNIT AKADEMIK: Alhamdulillah, Result SPM 2010: "Peperiksaan telah datang dan telah pun berlalu... Tiba hari dinanti-nanti, pengumuman keputusan SPM 2010. Kelihatan berbondong-bondong pelaj..."

Alhamdulillah, Result SPM 2010

Peperiksaan telah datang dan telah pun berlalu... Tiba hari dinanti-nanti, pengumuman keputusan SPM 2010. Kelihatan berbondong-bondong pelajang ex-SPM 2010 datang dan berkumpul di bilik aktiviti pelajar untuk menerima slip masing-masing. Macam-macam gelagat, Muallimah tengok. TAHNIAH diucapkan pada yang berjaya. Kepada yang kurang bernasib baik, teruskan perjuangan anda di medan berikutnya. Usaha mesti lebih, pilih medan yang sesuai dengan result... DOA KAMI seluruh tenaga pengajar dan warga HIRA kepada anda semua, moga pada masa akan datang anda akan lebih berjaya, manafaatkan segala yang diperoleh di bumi hira'. Jadikan ia benteng pertahan kukuh anda, tidak mudah larut di dunia baru yang akan ditempohi.
 TARBIYAH diutama, Cari medan yang serasi dengan diri. Jangan dibiar diri larut begitu sahaja. Moga iman dan peribadi akan lebih meningkat dan bersinar di luar sana....SELAMAT MAJU JAYA

Wednesday, March 16, 2011

UNIT AKADEMIK: KEPUTUSAN SPM 2011

UNIT AKADEMIK: KEPUTUSAN SPM 2011: " Keputusan SPM akan diumumkan pada 23 Mac 2011. Begitu sumber yang soheh dan bol..."

KEPUTUSAN SPM 2011

           Keputusan SPM akan diumumkan pada 23 Mac 2011. Begitu sumber yang soheh dan boleh dipercayai sebagai berkata. Semoga semua calon SPM 2010 telah bersedia untuk mengambil 'result' masing-masing.