Wednesday, December 22, 2010

MAKLUMAT KEPUTUSAN PMR 2010

Kepada semua pelajar yang menunggu keputusan PMR 2010
Semua calon PMR 2010 dikehendaki mengambil keputusan peperiksaan PMR anda seperti butiran berikut:
          Tarikh       : 23 Disember 2010
          Tempat     : Tingkatan 1 Ibnu Rushd
          Masa        : Bermula jam 12 tengahari
          Pakaian    : Berpakaian lengkap seragam sekolah
                           (Semua pelajar hendaklah memakai pakaian sekolah untuk mengambil keputusan
                            peperiksaan PMR)

Sila sebarkan maklumat ini kepada semua pelajar tingkatan 3.

Saturday, December 18, 2010

Makluman Markah Ko-Ku Pelajar SPM 2010

Kepada semua pelajar SPM 2010 yang ingin mendapatkan CGPA Ko-kurikulum, sila berhubung terus melalui pejabat SMI Hira paling awal pada hari selasa (21 Disember 2010).
Harap maklum.

JUMBLE SALE PIBG

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU-GURU ( PIBG )
INSTITUSI PENDIDIKAN HIRA’
LOT 237-S, KG BATU BELAH, 42100 KLANG, SELANGOR DARUL EHSAN
________________________________________________________________________

14hb Disember  2010 / 08hb Muharam 1432H

Ibu bapa yang dihormati,

JUALAN MURAH PIBG  SEMPENA HARI PENYAMPAIAN BUKU REKOD KEMAJUAN MURID

Perkara di atas adalah dirujuk. Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa Pihak PIBG akan mengadakan ‘Jumble Sale’  di SRIH, Kg. Batu Belah sempena Hari Penyampaian BRKM  bagi menambah dana PIBG seperti maklumat di bawah :

            TARIKH         :           20HB DISEMBER 2010 ( ISNIN )

            MASA                        :           8.00 PG – 1.00 PTG

            TEMPAT        :           DEPAN KABIN PIBG

Sehubungan dengan itu, ibu bapa dijemput menyumbang barang-barang terpakai yang boleh dijual pada hari tersebut. Barang-barang terpakai yang boleh disumbangkan adalah seperti berikut :

1.      Pakaian dewasa dan kanak-kanak
2.      Barangan elektrik, komputer dan CD
3.      Buku-buku teks, majalah dll
4.      Barang permainan dan basikal
5.      Barang-barang lain yang difikirkan masih boleh digunakan

Ibu bapa yang ingin menyumbang barang-barang tersebut bolehlah menghantar terus ke Pejabat Pengurusan SDSB / di SRIH  ( WAN NORZILA W. JAAFAR : 019-2734756 ).  


Sila pastikan barang-barang yang disumbang masih boleh dipakai dan tidak rosak.

Sekian dimaklumkan. Terima kasih.

Yang menjalankan amanah,


JOHARI SAID
SETIAUSAHA PIBG

PEMAKLUMAN KEPUTUSAN PMR 2010

Ketemu lagi hari ini,

Semoga anak-anak pelajar semua dalam kesihatan yang baik. Apa khabar iman masing-masing? Dalam suasana bercuti, almaklum semua..banyak aktiviti yang dirancang dan dilaksanakan, samada bersama keluarga mahupun dengan teman-teman. Jangan abaikan garis panduan syariat.. WAJIB diutamakan.

Hemmm.. dengar khabar tarikh pengumuman keputusan PMR jatuh pada 23 Disember 2010 iaitu pada hari rabu depan. Debaran semakin terasa... Kita tunggu dan lihat..jika ianya benar, maka silalah hadir ke sekolah pada tarikh tersebut, jam 12 tengahari (paling awal)

Monday, December 13, 2010

KARNIVAL PENGAJIAN TINGGI NEGARA 2011- MULAI JAN - APRIL 2011

LOKASI PAMERAN
KARNIVAL PENGAJIAN TINGGI NEGARA 2011

 
ZON TARIKH NEGERI LOKASI
ZON 1 15 – 16 Januari 2011 Terengganu
Terengganu Trade Centre, Terengganu
(Majlis Pelancaran)
ZON 2 22 – 23 Januari 2011 Melaka /
Negeri Sembilan
Melaka International Trade Centre (MITC), Melaka
ZON 3 29 – 30 Jan 2011 P. Pinang
Penang International Sports Arena (PISA),  Pulau Pinang
 
ZON 4 12 -13 Feb 2011 Kelantan
Kelantan Trade Centre & Stadium Sultan Muhammed Ke-IV
Kota Bharu, Kelantan
ZON 5 19 -20 Feb 2011 Kedah / Perlis Dewan 2020, Perlis
ZON 6 26 – 27 Feb 2011 Sabah Suria Sabah, Kota Kinabalu, Sabah
ZON 7 5 - 6 Mac 2011 Pahang Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah,
Kuantan, Pahang
ZON 8 12 – 13 Mac 2011 Johor
PERSADA,
Johor Bahru, Johor
ZON 9 19 – 20 Mac 2011 Sarawak
Permata Exhibition Centre
Kuching, Sarawak
ZON 10 26 – 27 Mac 2011 Perak Dataran Majlis Bandaraya Ipoh, Perak
ZON 11 2 – 3 April 2011 Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur / Wilayah Persekutuan Putrajaya / Selangor
MINES International Exhibition Centre,
Seri Kembangan, Selangor
(Majlis Penutup)
Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar
Jabatan Pengajian Tinggi
Kementerian Pengajian Tinggi
Kemaskini 2 Disember 2010
*Tertakluk kepada pindaan

PERMOHONAN KEMASUKAN KE IPTA 2011

Perhatian kepada semua pelajar SPM 2010,

Anda boleh melayari link http://upu.mohe.gov.my/
bagi mengisi permohonan kemasukan ke IPTA secara online.
Tarikh tutup permohonan bagi fasa pertama adalah pada 31 Disember 2010.

Harap maklum, semoga anda semua tidak ketinggalan dengan maklumat tersebut.









KENYATAAN AKHBAR : KENYATAAN AKHBAR PERMOHONAN FASA 1 APLIKASI DALAM TALIAN (ONLINE APPLICATION )UNTUK KEMASUKAN KE IPTA, INSTITUSI TEVT DAN ILKA BAGI PROGRAM PENGAJIAN LEPASAN SPM/SETARAF SESI AKADEMIK 2011/2012 a

01 NOVEMBER 2010 - 31 DISEMBER 2010 :
PERMOHONAN KEMASUKAN KE IPTA / INSTITUSI PENDIDIKAN TEKNIKAL & LATIHAN VOKASIONAL (TEVT) DAN INSTITUSI LATIHAN KEMAHIRAN AWAM (ILKA) LEPASAN SPM/SETARAF AMBILAN JULAI 2011 a


Mulai tahun 2011 selain kemasukan ke IPTA, pelajar lepasan SPM yang berminat dengan program kemahiran di Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) hendaklah mengisi borang permohonan yang akan dibuka nanti. a
Semua pemohon DISARANKAN membaca Panduan Permohonan dahulu sebelum mengemukakan permohonan kemasukan ke IPTA.

27 OKTOBER 2010 : Permohonan Kemasukan Ke IPTA Program Pengajian Sarjana Perubatan Sesi Akademik 2011/2012 - DITUTUP

Saturday, December 11, 2010

BERAMAI-RAMAI MEMERIAHKAN HARI KARNIVAL 25th HIRA' - Kembali ke Sekolah

Tema Karnival : Kembali ke Sekolah
Tarikh : 25 Disember 2010

Beramai-ramai memeriahkan aktiviti ini, disamping mengunjungi pameran2,
hidangan halwa telinga juga disediakan,
Jika dah penat,  kunjungilah gerai-gerai utk dibasahkan tekak, atau dijamah pelbagai jenis juadah dengan
harga yang berpatutan.

Dijemput semua pakcik makcik, saudara mara, ibu bapa, rakan tetangan dan semua sekali.

Kembali ke Sekolah

Assalamualaikum wr wb.

Semua guru akan memulakan tugas mereka pada 20 Disember 2010. Pelbagai perancangan dan aktiviti telah tersedia untuk diperbincangkan. Agenda utama tahun 2011 akan bermula dengan Hari Pendaftaran dan Minggu Orientasi.

Pendaftaran Pelajar akan diadakan pada 2 Januari 2011. Kaunter akan dibuka paling awal jam 10 pagi. tenaga guru sangat tidak mencukupi pada hari tersebut. InsyaAllah beberapa orang kepimpinan akan dijemput hadir bagi membantu menjayakan Agenda Utama yang saban tahun inilah muqoddimahnya.

Semoga setiap keringat dan tenaga yang dicurahkan, Allah limpahi dengan ganjaran pahala yang berlipat kali ganda. Pada hari tersebut, biar penat, biar lelah, biar peluh turun sampai ke kaki, namun SENYUMAN perlu tetap disedekahkan. Sambutlah para ibubapa dan pelajar-pelajar baru dengan wajah ceria... sesungguhnya inilah kenangan pertama yang akan dibawa kembali oleh mereka. Sungguh mendamaikan berada di bumi HIRA'. Ohhhh! Inilah harapan dan azam yang muallimah sangat-sangat harapkan.

Friday, December 10, 2010

Keputusan PMR 2010

Diam tak diam, masa sudah makin hampir ke penghujung tahun 2010. Lebih kurang 20 hari saje lagi akan datang tahun 2011. Emmmm dalam maksudnya tu!
Candidates PMr 2010...
Muallimah yakin ada yang sampai termimpi-mimpi dah tahu berapa dapat PMR. Dah ada yang tak senang duduk.. menghitung hari. Dan ramai juga yang tak lekang membelek laman-laman web atau blog kerana ingin tahu tarikh pengumuman. Aduhai... bila agaknya anak bulan keputusan PMR akan muncul.
Dalam dok menghitung hari tu, lebih baik buat kerja-kerja yang boleh tambah amal dan pahala. Di samping, bersedialah untuk melangkah setapak lagi ke dunia serba baru... TINGkaTAn 4....!!!
No honeymoon year!!
Ok la.. berbalik pada tarikh pengumuman, banyak sudah muallimah meninjau blog2 dan laman sesawang berkaitan, majoriti mengatakan tarikh pengumuman jatuh di antara 22 disember hingga 28 Disember. Kita tunggu aje la. InsyaAllah, bila tiba masanya, awal lagi muallimah akan ke PPD. Wah! Gementar ni. Ape taknye... target tahun ni melonjak drastik....Ya, Allah! Bantulah kami atas semua usaha dan ikhtiar yang telah kami lakukan. Berilah kejayaan kepada seluruh anak murid kami dalam PMR mereka. Amin..

Majlis Pertukaran Kepimpinan 2010





Program Nadwah Kepimpinan

Wednesday, December 8, 2010

Selamat meneruskan perjuangan anak-anak SPM

Pelajar-pelajar SPM 2010 sedang menghadapi bertungkus-lumus menggerakkan strategi masing-masing dalam menghadapi kertas-kertas soalan yang silih berganti. Bakal berakhir tanggal 16 Disember, maka bebaslah seketika daripada bebanan peperiksaan yang memberat di fikiran.
Tapi....
Jangan lupa.....
Ilmu yang telah dipelajari bukanlah untuk disia-siakan. Malah perlu digilap dan sentiasa ditambah supaya ia lebih berkembang. Budayakan menyebarkan ilmu. Allah amat menyintai sesiapa yang menyintai ilmu.
 Ingat! Dengan ilmulah akan dapat meluaskan lagi dakwah Islam. Tanpa ilmu dan iman, manusia akan sentiasa buta. Ibarat tanpa tongkat sebagai pemandu.

Tuesday, December 7, 2010

Ahlan wasahlan

Assalamualaikum wr.wbth.

Salam pertemuan di arena maya, semoga anda dalam barakah dan sentiasa di bawah perlindungan Allah SWT.
Salam maal hijrah, salam tahun baru, dengan azam yang baru dan penuh makna. Marilah sama-sama kita renungi seerah hijrah Rasulullah SAW. Bagaimana dengan hijrah, telah membawa dunia ini berada dalam rahmatul lil alamin.
Sebenarnya saya bukanlah arif untuk menjadi seorang 'blogger'. Tapi dek kerana dunia ni dah pun berada dalam fasa serba maya, maka bebudak pun tak perlu belajar untuk mencipta blog dengan panduan guru yang tunjukajar face to face. Gurunya pon tah mana-mana. Maya juga... akhirnya lahirlah blog ini dengan bantuan anak saya, Fatimah Az-Zahra'.
Anak saya ni memang minat sungguh dengan komputer ni. Klik aje, terus menjadi. Tahniah untuk Fatimah.
Moga dengan lahirnya blog ini akan membawa banyak manafaat kepada semua.